Wednesday, March 17, 2010

hargailah hidup anda..

Sekurang2nya ada 5 orang dalam hidup ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda...

Sekurang2nya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam pelbagai cara...

Sebab utama seseorang itu membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda..

Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda..

Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..

Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..

Kalau bukan kerana anda seseorang itu takkan hidup bahagia..

Ada seseorang yang anda tidak ketahui amat menyayangi diri anda..

Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya..

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka..

Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri, lambat laun anda akan perolehinya..

Kenangilah segala pujian yang anda terima dan lupakanlah segala caci maki yang anda terima..

Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. Anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..

Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

-END- arill o2

No comments:

Post a Comment